Merubah Budaya Cinta Dalam Masyarakat

Bukan mudah hendak mengubah persepsi
kita tentang bercinta. Sekian lama
kita membentuk satu tanggapan dalam
fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat
perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu
mesti didahului oleh hubungan cinta.
Ada “dating”, hubungan telefon dan
lain-lain.

Selanjutnya,,,

Bukan mudah hendak mengubah persepsi
kita tentang bercinta. Sekian lama
kita membentuk satu tanggapan dalam
fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat
perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu
mesti didahului oleh hubungan cinta.
Ada “dating”, hubungan telefon dan
lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta
selepas perkahwinan, kita menganggap
janggal kerana ia berbeza dari
persepsi kita tentang cinta. Oleh itu
bermacam-macam persoalan timbul.
Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak
didahului hubungan cinta? Bolehkah
serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai
yang menganggap kehangatan cinta akan
mendingin selepas berkahwin lalu
mereka ingin menikmati kehangatan itu
sepuas-puasnya sebelum perkahwinan.
Dan ada yang mengambil masa yang cukup
panjang untuk bercinta sebelum
perkahwinan, kononnya mencari
keserasian agar cinta terus berkekalan
setelah perkahwinan.

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai
berbagai risiko yang bukan sekadar
zina mata dan hati malah zina yang
lebih besar yang boleh mengganggu jiwa
sebab cinta sebelum kahwin ini adalah
bersalut nafsu dan syaitan. Dalam
keadaan sebegini bagaimana mungkin
kita memiliki khusyuk di dalam
sembahyang kalau diri diselaputi iblis
dan syaitan?? Apabila hati kita diisi
oleh cinta manusia dan nafsu, tiada
tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat
menekankan kawalan terhadap hati agar
tidak mudah terpesong meletakan neraca
perasaan cinta kepada yang bukan hak
melalui amalan seperti doa dan
sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya
Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan
cinta orang yang cinta kepada-Mu dan
cinta orang yang cinta kepada orang
yang boleh hampir kepada-Mu dan
jadikan cinta terhadap Engkau (Ya
Allah) terlebih aku cintai daripada
air yang sejuk”

Doa ini wajar diamalkan supaya kita
faham erti cinta yang menjadikan kita
cinta kepada Allah atau menjadikan
cinta kepada orang yang hampir dengan
Allah. Jika seseorang itu cinta kepada
manusia, ia mestilah cinta yang boleh
menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah “fall in
love”, pastikan apakah cinta itu
kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau
cinta itu kerana Allah, kita akan
bertambah khusyuk di dalam sembahyang
dan bertambah ibadah. Tetapi kalau
cinta itu semakin menambahkan maksiat,
bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang
tanpa dipinta. Atau dalam erti kata
yang lain “cinta pandang pertama” yang
sememangnya tidak diundang yang boleh
menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita
amat digalakkan untuk mengamalkan doa
tadi. Kedua, mengerjakan solat
Istikharah dan berdoa : ” Ya Allah,
aku suka orang ini, kalaulah dia ini
betul-betul pilihan yang tepat untuk
aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh
kami. Jadikanlah dia isteri (atau
suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah,
elakkanlah”

“if you love someone” mintalah kepada
Allah yang mencipta diri kita. Ini
kerana orang yang kita cintai itu juga
adalah makhluk Allah. Allah berhak
untuk menjadikan makhlukNya suka atau
tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang
ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah
apakah yang diperolehi oleh mereka
yang bercinta sebelum kahwin apabila
mereka sudah saling mengetahui segala
perkara mengenai diri masing-masing.
Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin.
Apatah lagi kalau sudah terlanjur,
kemudian kahwin pula dengan orang lain
dan ternyata suami itu cinta
kepadanya. Individu akan menyesal
kerana `she got nothing to offer`
kepada suami yang betul-betul
mencintainya. Ini akan melahirkan
perasaan dendam dan bersalah. Jadi
eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan`

Bercinta selepas kahwin adalah
merupakan sunnah Rasul. Mungkin
terlalu ideal atau terlalu jauh untuk
melihat tradisi perkahwinan Rasulullah
s. a. w dan para sahabatnya yang serba
indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau
trend perkahwinan masyarakat Melayu
Islam satu ketika dahulu yang
menyaksikan ramai yang berkahwin atas
pilihan ibubapa dan perkahwinan itu
ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon
menantu mereka berdasarkan panduan
yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.
a. w melalui sabdanya : ” Dikahwini
wanita itu atas empat perkara : harta,
keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah
atas dasar agama nescaya kamu akan
mendapat kebajikan”. (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend
masyarakat ketika itu juga sangat
memandang tinggi nilai akhlak dan
budi. Jadi perkahwinan melalui orang
perantaraan (match maker) yang
dipercayai kesolehannya juga mudah
dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa
didahului cinta sudah menjadi perkara
biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-
perkara yang boleh dan memang
dibenarkan oleh syariat untuk
dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan
dipersetujui. Misalnya, seseorang
dibolehkan melihat calon isteri atau
suami, menyelidiki maklumat tentang
pekerjaan, peribadi dan lain- lain
latar belakang calon. Ini semua dapat
dibuat dengan adanya pengaturan orang
tengah – sama ada terdiri daripada
keluarga atau teman-teman yang rapat.
Tegasnya tidak payahlah seseorang itu
sendiri bersusah payah mendapatkan
maklumat tentang calon suami atau
isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan
madu akan lebih panjang malah akan
terus berkekalan sepanjang
perkahwinan. Marilah kita dekatkan
semula keindahan cinta dengan
mendekatkan diri kepada Pencipta
cinta. Rumahtangga pasti berseri
apabila suami isteri sama-sama
cintakan Ilahi.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: